Thursday, April 24, 2008

Lawak!!!!!!!!

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang
pustakawan berdering.
Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang
pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik
menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya
pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya
lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si
pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu
sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"

MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang
tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah
tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis
10 kilo!"

PALING BERSIH

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun
perkahwinannya dengan makan malam di sebuah
restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran
tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang
berdiri di pintu.

Pemilik: "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan
dan layanan kami?"
Lelaki: " Ada satu perkara yang boleh saya katakan..
Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar
ini."
Pemilik: "Dapur yang paling bersih?... Anda kan
tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang
dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki: "Sebab.. Semua makanan yang kami makan
berbau sabun."

BARU KAHWIN

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan
kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor
memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan
seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan
supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali
saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat,
saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya
pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa
dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga
berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak
yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
"Sedang eloklah tu bang..." jawab isterinya..

SIAPA BANGANG

Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu
yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital
menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak
bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang
pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

RAHSIA MENANGKAP IKAN

Adaseorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan
bila dia ke laut...so crew TV99 interview dia untuk
rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV99 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tenguk
cara isteri pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri.
Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV99 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik
tak turun ke laut pagi tu..."
CrewTV99 : "O, ye ke..."

MALUNYA
Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah
lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar
dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun
memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk
pujuk dier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar
lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."

Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak
mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun
lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu
beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer,
wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu
berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"
Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.

0 comments: